Thursday, January 1, 2009

ada misai tak cool ker??

misai adalah rerambut yang tumbuh di bahagian antara hidung dan bibir atas mulut( aku tak tau nak panggil nama bahagian ni).. ia biasanya tumbuh pada lelaki yang sudah meningkat dewasa..tapikan kekadang wanita pun tumbuh juga..antara sebabnya, hormonya tidak normal atau sesat..tapi bila diperhatikan sudah ramai wanita terlibat dalam masalah yang mereka dan kaum lelaki tidak ingini ini..

aku sebagai lelaki dan mempunyai fenomena ini, merasakan Alhamdulillah.. dan maknanya aku ni lelaki normal dan hormon aku betul..nak dijadikan cerita...sebelum ni aku tak suka bila misai aku tumbuh dan secara biasanya aku akan mencukurnya...dan sebagai seorang pelajar jurusan hotel management menyimpan misai adalah tidak wajar dilakukan...so sekarang ni cuti..aku pun macam-macam lah modified misai dan janggut aku..kadang2 fesyen P. Ramlee, Jack Sparrow, Charlie Chaplin pun pernah..cuma A.Galak je belum pernah cuba..ini disebabkan misai dan janggutku mudah tumbuh..tapi fesyen ini hanya dilakukan semasa shaving time..bukan untuk tatapan umum..

sekarang ini aku cuba untuk berpenampilan baru dan membiarkan sahaja ia..dan kejadian pertama berlaku di A&W oneU..perbualan proses jual beli berlaku antara aku, cashier dan rakan sekerjanya

aku: kak combo nombor 4 medium satu...
cashier: errr... air nak tambah ice cream ke
rakan sekerjanya: eyh dik dia ni baru 19 tahun dik..
aku: owh ye ker...maaf la yer saya dah terbiasa panggil kak..
cashier: tersengih2
rakan sekerjanya: (senyum)
aku : senyum sarcastic (dalam hati lantak aku la)

dari kejadian itu aku baru perasan penampilan aku nampak jauh lebih tua..haha...tapi seronok juga..padahal dia sama umur dengan aku tuh.. yang rakan sekerjanya tu dah sah-sah la tua..sebab tu tanpa segan silu memanggil aku dik..

tapi ada misai ni tak cool ker?? cuba kita tengok...Brad Pitt, dia ada misai dapat jer Angelina Jolie tuh (lihat di sini)...Datuk K, dapat jer Datuk Siti Nurhaliza....A.Galak ni aku tak tahu siapa bini dia..ke

bagi aku..bukan semua yang sesuai..cuba bayangkan Noh Hujan bermisai.. Danial Craig bermisai..Jesse McCartney bermisai.. dan aku tak dapat bayangkan A.Galak tanpa misainya..

dan aku, aku akan pelbagaikan penampilan...

p/s: aku guna gillette mach3 dan foam gillete menthol... dan bagi mobile or emergency use aku akan pakai Philips Shaver(sebab pernah ditaja..cerita lama)..

1 comment:

Anonymous said...

aiman.. tunjuk arr gmbr ko bermisai.. nk tengok gak... macho ker..hancor ker... hahaha...