Friday, January 2, 2009

mari kecek klate

mukadimah : Ada cerita di sebuah sekolah rendah 

di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu 
hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata 
cikgu,"cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun 
heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi 
ular." 
Hmmmm konpius… Katok =pukul, balun, hentam

Vocabulary :

Bokbong - spesis musang 
Ttuyup - pepatung 
Pok Kor - spesis mengkarung 
Ike Kkhonge - ikan cencaru 
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik 
Absorber = saksoba 
Supik Gelenyar - plastik bag (yang nipis tu.) 
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab 
"tuffah" = epal) 
Gaduh, bbaloh = kelahi 
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu) 
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan 
oleh 
generasi baru) 
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) 
Tohok = buang 
Ghohok = susah, payah 
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, 
be happy!!! 
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to 
start with. 
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun 
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) 
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = 
skin not smooth enough)

Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh: 
POZEK (deposit), 
RIZAT (1.result 2. reserved), 
NNEJA (manager), 
ISTEK (estate), 
SUWIH (switch), 
MERKET (market), dll…

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan 
menarik:

manis LLETING 
masin PPEGHAK 
pahit LLEPE 
mase PPUGHIK 
tawar EBER 
putih SSUEH 
hite LLEGE 
biru KKETU 
kuning NNEHE 
kenye BBONYAH 
comel LLOTE 
gemuk DDEBOK 
busuk BANGA 
hapok KOHONG

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat 
kelantan 
yang unik..

Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!" 
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih 
kurang "OK?", 
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.." 
PAH? = lebih kurang "GAK" 
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau 
"yes" 
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau 
"isn’t it?"

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam 
penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap 
TABOO 
dalam loghat yang lain, 
atau sekurang-kurangnya tak manis didengar 
pengertiannya di dalam 
loghat tempat lain…

Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’, selalunya 
untuk 
cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah 
pantai 
barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja). 
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’. 
Mencarut 
bagi mereka… 
JEBUR : kita maksudkan ‘botol’ (kurang popular 
sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan 
ni…) Kalau silap dengar, lain maksudnya. 
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering 
tak 
berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di 
kebanyakan 
tempat, ianya mencarut juga!! 
TTINO : kita maksudkan ‘perempuan’ tapi bila sebut 
BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE…) 
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat 
berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram 
(sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & 
manis tu dipanggil NIRA. 
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara 
kawan…cuba direct translate jadi BINATANG… 
Boleh bergaduh nanti… 
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena 
mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum 
kerabat" 
contradict betul!!!

Biasanya perkataan yang berakhir dengan 
`an’,'am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth : Jangan=jange 
Lengan=lenge 
Geran=gere, 
Pisang=pise 
Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER 
apply this 
formula on words like pelam(mangga) & pelan.

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat 
Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan 
langit 
dengan bumi.

Sekadar contoh,

Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana 
MAKAN 
KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG 
(eating at 
the canteen)!!! 
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) 
dengan TOK PPAKA (useless). 
Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK 
(bercakap) 
Dan diantara SANGKUT(gantung) dengan SSAKUK 
(hajat 
tak kesampaian)

kelantan + nihongo

jyunban = jyunbe

aku copy dari blog lama aku...dan aku lupa aku copy cerita ini dari mana..enjoy!!

3 comments:

Ally Hassan said...

meh kita buka kelas "mari belajar bahasa kelanatn"..

Aiman Azmi said...

jom...kita jadi guru ker??

Anonymous said...

Devoutness casinos? warrant this latest [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and discourse on a come to blows up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also support our up to the the changeless sec [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] proffer at http://freecasinogames2010.webs.com and oust in not spurious happenstance circumstances !
another artistic [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] describe is www.ttittancasino.com , during german gamblers, fall upon on unrestrained online casino bonus.